Tuesday, May 11, 2010

Episod 4: BECA di Kuala Terengganu


Pertama sekali saya nak kongsi fakta mengenai beca...Beca di Malaysia, menurut rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton.Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.
Kebanyakkan beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Pada masa kini, beca masih digunakan kerana ia merupakan sistem pengangkutan yang murah tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.Di Kuala Terengganu sendiri beca banyak terdapat di Pasar Payang..

Menurut keratan artikel pada 18 Mac 2010 - Empat buah beca di Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila dilengkapi enjin hibrid, sekali gus menjadi perintis penggunaan sistem seumpama itu di negara ini.Ia adalah hasil kreativiti pereka autotronik terkenal, Zulkifli Haron. Oleh itu, dengan adanya beca hibrid masa dan kos dapat dikurangkan manakala lokasi pengakutan menggunakan beca semakin luas.Ini kerana, enjin hibrid berupaya membantu meringankan bebanan pengayuh beca di mana mereka hanya perlu berbelanja RM2 sehari untuk seliter petrol selain keistimewaan bergerak dengan kelajuan mencecah hampir 10 kilometer sejam.Beca hibrid ini dapat membantu pengayuh dan penumpang beca bergerak dengan selesa...

Tambang menggunakan perkhidmatan beca ini juga bergantung kepada lokasi penumpang ..semakin jauh semakin mahal lah bayaran...dan jika tak silap..tambang dari stesen bus ke Pasar Payang,Taman Syahbandar lebih kurang RM5-RM7 sehala(Harga mungkin berubah dari masa ke masa).

beca hibrid yang ada di kuala terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails