Tuesday, May 11, 2010

Episod 5 : BUS BANDAR di Kuala Terengganu



Bas bandar, perkhidmatan bas bandar ini dilancarkan pada 27 Ogos 2007,merupakan bus dibawah kendalian anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), merupakan bas yang kontroversi di awal operasinya.Bentuknya yang pelik, dikatakan menarik perhatian orang ramai, namun begitu, sesetengah pihak menggelarnya sebagai "bas keranda", terdapat juga pihak yang memanggilnya "bas kayu" (kerana diperbuat daripada kayu), "bus rumah" (kerana bentuknya seakan rumah), "bas kotak", "bas Cas Ligas"dan pelbagai gelaran yang lain.

Sebelum ini, perkhidmatan menggunakan perkhidmatan bas Cas Ligas(merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh PMINT.Merupakan sistem pengangkutan bas awam terengganu yang menyediakan bas sebagai mod pengangkutan awam.)adalah percuma namun bermula Januari 2010 ia mula mengenakan tambang. Perkhidmatan percuma yang diberikan bukanlah disengajakan,kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian, apabila ‘bentuk’nya yang pelik itu, tidak melepasi piawaian keselamatan bahagian perlesenan kenderaan perdagangan.Namun,tambang dikenakan setelah mengambil kira dari segi keperluan untuk menampung kos operasi bas berkenaan ketika ini (tapi tidak pula dinyatakan, samada pihak perlesenan kenderaan perdagangan telah meluluskan sebagai pengangkutan awam atau pun sebaliknya).

Bas Bandar memulakan operasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari membawa penumpang ke destinasi pelancongan antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.Setakat ini, untuk laluan ke Batu 6 sehingga Gong Badak, bas akan singgah di Pulau Duyong dengan caj tambang RM1 dan jika penumpang nak ke Batu 6 atau Gong Badak, mereka perlu bayar RM1 lagi(maknanya tambang ke Gong Badak adalah RM2).




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails