Thursday, May 20, 2010

Episod 7: Istana Maziah mercu tanda penting bagi bandar Kuala Terengganu.

Jom kita semak sedikit fakta mengenai Istana Maziah...Istana Maziah merupakan istana rasmi bagi Sultan Terengganu.Istana ini terletak di pinggir Bukit Puteri berdiri megah menghala ke Laut China Selatan adalah lambang kebesaran negeri Terengganu. Istana ini mempunyai 2 tingkat yang indah dan menarik adalah merupakan istana yang bersejarah bagi negeri ini.Menurut fakta istana ini dibina dibina pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1897 untuk menggantikan Istana Hijau yang dibakar semasa Perang Dunia Kedua.

Sehingga kini,istana ini menjadi tempat bagi meraikan acara-acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, penganugerahan gelaran, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.Istana ini masih mengekalkan keaslian bentuknya yang terpelihara dan menjadi mercu tanda penting dan bersejarah bagi bandar Kuala Terengganu.Struktur bangunan istana ini pula mempunyai reka bentuk dan seni bina yang menarik ini tetap menjadi warisan kemegahan bangsa serta pusaka yang tidak ternilai harganya.

Di pintu masuk ke Istana Maziah

Dari sini,kita dapat lihat kedudukan istana berhampiran dengan Bukit Puteri

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails