Thursday, May 20, 2010

Episod 8: Masjid Kristal

Masa mula2 dengar mengenai Masjid Kristal..saya ingat masjid ini diperbuat sepenuhnya dengan kristal...tapi nampaknya tanggapan saya salah.Seperti sedia maklum Masjid Kristal terletak di Pulau Wan Man(dalam kawasan TTI) dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008.

Masjid Kristal ini memang tidak diperbuat sepenuhnya dari kristal tetapi dibina daripada kaca dan keluli,hanya di bahagian kubah masjid saja kristal digunakan..Luas kawasan masjid ini lebih kurang 2,146 meter persegi dan boleh menempatkan seramai 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.Jadi tak hairanlah masjid ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails