Tuesday, June 8, 2010

Episod 13: Hutan Lipur Sekayu


Hutan Lipur Sekayu,terletak di daerah Kuala Berang,Hulu Terengganu..lebih kurang 56km atau 1jam masa perjalanan dari KT dengan menggunakan kenderaan sendiri.Hutan Lipur Sekayu adalah antara kawasan yang popular untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan terutama dihujung minggu..

Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah seperti bermandi-manda,berkelah,berjalan-jalan di sekitar Hutan Lipur Sekayu ini ataupun melawat ke Taman Pertanian Negeri yang ada di sini.Tidak sukar untuk berjalan-jalan di sini kerana terdapat banyak trek pejalan kaki telah disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Apa yang menarik di Taman Pertanian ini?? Di sini terdapat Taman Bunga,Taman Burung dan terdapat juga mini zoo...Pengunjung juga dapat melihat tumbuhan-tumbuhan liar yang terdapat di sini.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, anda boleh memiilih untuk tinggal di chalet yang terdapat di sini atau pun berkhemah.Terdapat banyak kawasan perkhemahan yang tersedia,lengkap dengan tempat untuk membina unggun api dan memasak..Namun, apabila berkunjung ke sini,diharap kita sama-sama dapat menjaga kebersihan Hutan Lipur Sekayu ini...

Antara tempat yang boleh dilawati di sini


Bersantai bersama rakan-rakan



Berkelah

Di kolam ikan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails