Sunday, June 27, 2010

Episod 16: Mencadat Sotong

Hasil tangkapan

Cadat sotong (squid jigging) adalah satu aktiviti tradisi bagi masyarakat yang tinggal di pesisir pantai...teknik yang digunakan adalah teknik tradisional..Para nelayan akan menggunakan alat yang dinamakan cadat. Terdapat pelbagai jenis cadat seperti Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi.Tetapi Candat Twist adalah merupakan cadat tradisional... Di zaman moden ini, mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat untuk mencadat sotong..

Masa yang paling sesuai untuk turun mencadat sotong adalah sekitar Mac hingga Julai..Ini disebabkan oleh perubahan angin monsun atau angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda. Ini menunjukkan musim sotong mengawan dan bertelur bermula..sotong-sotong ini akan mula bergerak ke kawasan tertentu untuk bertelur.Antara tempat yang digemari pengunjung untuk mencadat sotong adalah di sekitar Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain.

Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.

Bagi yang baru mencuba aktiviti anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong kerana untuk mencadat sotong terdapat skill yang perlu anda kuasai seperti alatan mencadat, kegunaan setiap cadat, kawasan sotong bertelur/juga dikenali sebagai Kandang Sotong, jenis sotong dan cadat yang sesuai digunakan serta pelbagai lagi..

Namun begitu, seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

Berkumpul sebelum aktiviti


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails