Thursday, May 20, 2010

Episod 9 : Masjid Tengku Tengah Zaharah


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali juga sebagai 'Masjid Terapung' terletak di Teluk
Ibai.Masjid ini digelar Masjid Terapung kerana ia dibina di atas pelantar terapung dan memberikan ia sudut unik.

Masjid ini dinamakan sempena nama Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja iaitu ibu kepada Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dimana telah mendapat inspirasi mengenai pembinaan masjid ini.

Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu selain itu, ia kelihatan unik dan cantik di waktu malam.

Pengangkutan seperti kenderaan persendirian dan bas boleh digunakan untuk ke masjid ini.Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud lebih kurang 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Jom lihat beberapa gambar yang sempat saya ambil sewaktu melawat masjid ini.
begitu indah masjid ini pada waktu malam







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails