Friday, May 21, 2010

Episod 10 : Taman Tema senibina Islam di Taman Tamadun Islam(TTI)


Kali ini saya nak cadangkan satu tempat bersiar-siar yang baru iaitu Taman Tamadun Islam(TTI)..Apa yang seronok di TTI?
TTI adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan sebanyak 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India) dan macam-macam lagi..Di TTI saja dah boleh melawat senibina negara lain, betul tak??boleh jimat duit..

TTI ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu(dekat dengan bawah jambatan tu.kalau dari atas jambatan kita boleh nampak Masjid Kristal) dan ikon bagi TTI ialah Masjid Kristal.Seperti sedia maklum...banyak perkhidmatan awam yang boleh digunakan untuk ke TTI antaranya teksi, bas and bot penambang (dari jeti Shahbandar ke jeti Tok Ku Paloh di TTI)

..Bagi maklumat lanjut mengenai TTI bolehlah layari www.tti.com.my





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails