Sunday, May 30, 2010

Episod 11: TTI River Cruise

Selain melawat Masjid Kristal dan Taman Monumen yang menempatkan lebih kurang 20 replika seni bina Islam terulung di dunia, para pelancong juga dapat menyusuri keindahan Sungai Terengganu sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Dengan menaiki cruise ini, pelancong dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri sungai dengan menaiki perahu tradisional yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu ini.

Dengan bayaran sebanyak RM 10, pelancong akan dibekalkan dengan sebotol air mineral + perlindungan insuran ketika menaiki cruise ini, oleh itu, para pelancong tidak lagi perlu risau jika terdapat sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang pengunjung dibawa menyusuri Sungai Terengganu ini.

Sepanjang menyusuri sungai ini, para pelancong akan ditemani oleh 2 orang krew yang bertindak sebagai jurumudi dan pemandu pelancong. Masa yang diambil untuk menyusuri Sungai Terengganu sepanjang 2.5 kilometer bermula di Jeti Tok Ku Paloh berhampiran Masjid Kristal ini adalah lebih kurang 45 minit...Antara tempat yang dilalui adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang, Kampung Cina, Pengkalan Keropok Lekor Losong dan sebagainya...jadi jika anda berkunjung ke TTI, jangan sesekali lepaskan peluang untuk menyusuri sungai ini...masa operasi adalah sehingga pukul 5 petang kalau tak salah saya...

di jeti


bersama rakan menunggu untuk menaiki bot

menyusuri bawah jambatan

antara pemandangan yang dapat dilihat

felda residence

replika masjid di taman monumen turut dapat dilihat

barisan bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan

pemandangan dari atas bot melalui bawah jambatan

bergambar di jeti bersama rakan-rakan selepas menyusuri sungai


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails